antonim


Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini.
1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang


2 “Kevin sering datang ke rumah saya,” kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap


3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian


4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik
B waras
C berguna
D sempurna


5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima


6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
A longgar
B lembut
C kendur
D ringan


7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A renggang
B lama
C jauh
D baik


8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.
A menghabiskan
B mengunyah
C menyimpan
D menelan


9 Cuaca malam ini panas.
A hangat
B sejuk
C suam
D merah


10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .
A elok
B lucu
C tepat
D menarik


11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka.
A sedih
B lasak
C ganas
D rencana


12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
berkuasa.
A diabaikan
B diteruskan
C ditundakan
D diselesaikan


13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung oleh penculiknya.
A dilepaskan
B dipenjara
C dibunuh
D diperap


14 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
A tertangguh
B separuh
C selesa
D siap


15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.
A kasar
B Kesat
C keras
D ketat


16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu..
A akrab
B baik
C putus
D mesra


17 Saya meluat akan sikapnya yang suka bertanya.
A suka
B benci
C terpesona
D menyampah


18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.
A gila
B waras
C mabuk
D terencat


19 Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.
A mempersilakan
B mengundang
C menjemput
D menghalau


20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.
A tulus
B setuju
C sangsi
D berharap


21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.
A tebal
B karat
C rosak
D tumpul


22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan oleh juruacara.
A seronok
B marah
C sedih
D ceria


23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.
A tiba
B sampai
C berlepas
D bergerak


24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah.
A berjauhan
B berhampiran
C bersebelahan
D bertentangan


25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira.
A kuat
B tebal
C kering
D lembap


26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal.
A nipis
B lebat
C padat
D sendat


27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.
A bijak
B bodoh
C cerdik
D pintar


Soalan 28 berdasarkan gambar 1
Gambar 1





28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas.
A mekar
B kuncup
C kempis
D kembung


29 Mei Lan gemar akan durian.
A suka
B duka
C Benci
D sayang


30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya.
A kiri
B sisi
C tepi
D hadapan


31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.
A kusut
B buruk
C hodoh
D kemas


32 “Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, ”kata guru besar.
A khas
B biasa
C umum
D tertentu


33 Biskut yang baru dibelinya lemau .
A garing
B keras
C rapuh
D rangup


34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong.
A tegak
B lurus
C senget
D tumbang


35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.
A kembang
B cantik
C mekar
D subur


36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.
A diajak
B ditegah
C diherdik
D dijemput


37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.
A patuh
B lemah
C sopan
D gemalai


38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.
A mendarat
B berlabuh
C berhenti
D bergerak


39.Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.
A kekayaan
B kemajuan
C kemewahan
D keuntungan


40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.
A lama
B kekal
C sekejap
D sekarang


41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh.
A kotor
B harum
C comot
D kemas


42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
A sukar
B payah
C susah
D senang


43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu.
A kuat
B cemas
C berani
D gementar


44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.
A membenarkan
B menghalau
C menegah
D memberi


45 Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga.
A tergopoh –gapah
B kelam-kabut
C senang
D tenang


46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini.
A tenteram
B serabut
C bahagia
D risau


47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu.
A membangkang
B membenar
C menyetujui
D menafikan


48 Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.
A olok-olok
B main-main
C betul-betul
D diam-diam


49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu.
A samar
B keliru
C ceria
D jelas


50 Bilik yang disewa itu agak luas.
A kecil
B lebar
C selesa
D sempit























No comments:

Post a Comment