Thursday 15 December 2011

Kata Nama

1. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat, dan sebagainya.
2. Kata nama terbahagi kepada:
    i)  Kata nama am
   ii) Kata nama khas
  iii) Kata nama arah
  iv) Kata ganti nama
  v) kata bilangan


Kata Nama Am


1.  Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut :
     a)  nama benda yang bernyawa
     b)  nama benda yang tidak bernyawa
2.  Benda yang bernya ialah manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan
3.  Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.
4.  Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal kata.
5.  Ada juga nama am yang diberikan imbuhan.
6.  Kata nama am yang diberikan imbuhan ini dikenali sebagai kata nama terbitan
7.  Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh dibahagikan kepada :
     a) awalan
     b) akhiran
     c) apitan


Kata Nama Khas


1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa  dan benda yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.
4. Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.


Kata Nama Arah

1. Kata nama arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu.
2. Beberapa contoh kata nama arah ialah atas, bawah, dalam, depan, hulu, hujung, luar, muara, seberang, sisi, sudut, tengah, tepi dan sebagainya.
3. Kata nama arah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi. Contohnya :
   * Adik tidur di atas katil
   * Nelayan itu ke tengah laut
   * Dia berdiri di tepi kelas.
   * Rumah itu dibina di hujung kampung.


Kata Ganti Nama


Kata Ganti nama terdiri daripada :


* Kata ganti diri
* Kata ganti diri singkat
* Kata ganti tanya
* Kata ganti tempat
* Kata ganti tunjuk
* Kata ganti tak tentu


Kata Ganti Diri Pertama

Kata Ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama terbahagi kepada :
* Kata ganti diri tunggal. Contoh; aku, saya, beta, patik, hamba.
Kata ganti diri jamak. Contoh; kami, kita


Kata Ganti Diri Kedua


1. Kata ganti diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
  
2. Kata ganti diri kedua terdiri daripada :
   a) yang berbentuk tunggal. Contoh; anda, awak, engkau
   b) yang berbentuk jamak. Tuanku, kalian, kamu


Kata Ganti Diri Ketiga


1. Kata ganti diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga ketika bercakap.
2. Kata ganti diri ketiga terbahagi kepada dua, iaitu :
    * yang berbentuk tunggal. Contoh; baginda, beliau

    * yang berbentuk jamak. Contoh; dia,ia, mereka.


Kata Ganti Diri Singkat

1. Kata ganti diri dapat disingkatkan seperti yang berikut :
   * aku menjadi ku
   * engkau menjadi kau
   * kamu menjadi mu
   * dia atau ia menjadi nya
2. Apabila ditulis, kata ganti diri singkat ini hendaklah dicantumkan dengan kata lain yang menyertainya seolah-olah sebagai imbuhan.
3. Kata ganti diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti diri yang penuh.


Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contoh kata tanya apa, mana, siapa, mengapa. bagaimana, berapa


Kata Ganti Tak Tentu


1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
2. yang berikut ialah contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya; contoh : apa-apa, mana-mana, siapa-siapa.